Posted by Mohamad Azlan Abas on July 18, 2008
Assalammualaikum kepada individu muslim
Salam sejahtera diucapkan kepada bukan muslim
Memang benar! Dalam sesebuah universiti, terdapat ramai ahli akademik (pensyarah serta pelajar). Akan tetapi, dalam ramai ini, tidak mungkin kita akan dapat jumpa seorang yang mampu menggunakan ilmu untuk membantu masyarakat. Ada indivdu yang boleh buktikan. Sebagai contoh pelajar statistik, kenapa kamu belajar?Adakah kerana kamu semua hanya hendakkan konsep kebanggaan (mahu membuktikan diri kamu telah dapat segulung diploma dan ijazah). Kalau itu kamu mahukan, tidak apa. Akan tetapi, janganlah terlalu mendalam sangat. Sampai kamu menghina masyarakat yang lemah. Kenapa kamu sebagai seorang yang berilmu tidak gunakan ilmu untuk menjunjung tinggi ilmu yang diberi oleh tuhan untuk menolong manusia yang lemah. Bukankah itu lebih mulia. Kita telah diberi kesempatan oleh Tuhan untuk menuntut ilmu, itu adalah tandanya kita terpilih. Malah lebih bagus lagi kalau kita gunakan ilmu bukan untuk diri sendiri. Saya pernah terjerumus dalam prinsip ini. Tetapi, saya mendapat ‘dismissed’.
Tapi apakan daya mana mungkin seseorang individu boleh nyatakan kebenaran. Pada pandangan orang-orang akademik, kita gagal kerana malas datang kelas. Kenapa tidak seorang pun kata gagal kerana malas berfikir? Einstein bukan seorang yang rajin datang kelas. Tetapi telah diberi gelaran Prof.
Sekali lagi saya ingin beritahu….Akademik tidak boleh diukur dengan anugerah tetapi ukurlah ia melalui pemikiran.
Posted in thinking | Tagged: akademik, kegagalan, pemikiran, universiti | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on July 9, 2008
Selalu kita akan dengan dari mulut orang tua kita ‘ kalau ko tak de degree, xpyh impila nk keje besar ‘. Agaknya apa perasaan kita selaku orang muda apabila orang tua kita berkata begini. Sebenarnya terus-terang saya ingin beritahu bahawa saya memang terasa apabila orang tua saya berkata begini. Akan tetapi saya memikirkan ia kembali, kadang-kadang rasa ada benarnya. Maksu saya begini, kenapa kita tidak menggunakan masa Ijazah ini kumpul seberapa banyak ilmu. Kalau diikutkan sebenarnya, cara pembelajaran kita ini sudah kolot ( sudah lari dari pegangan Islam. Allah menyuruh kita menuntut ilmu bukan mempelajari sesuatu ilmu sahaja. Sebagai contoh, seseorang pelajar statistik tidak seharusnya bangga dengan diri mereka yang dikatakan terlalu hebat dalam matematik sampai boleh mendapat dekan. Kalau diikutkan kita sebenarnya sudah membangga diri. Saya tidak bercakap semua. Hanya segelintir sahaja. Saya mahu yang segelintr ini bangun kembali dari tidur kebanggaan. Sedarlah bukan anugerah perlu dibanggakan tetapi ilmu. Jangan berkata bahawa kita orang berilmu. Jika benar, tunjukkan.
Ini yang saya kaji di dalam UiTM. Terlalu ramai berbangga dengan status mereka yang sudah bergelar seorang sarjana. Akan tetapi kenapa masih terdapat masyarakan miskin lagi. Jika benar anda seorang sarjana, tunjukkan dirimu itu boleh membantu orang lain. Ingatlah Nabi Muhammad seorang yang buta huruf tetapi apabila ada satu ayat Al-Quran turun, baginda tidak kedekut untuk berkongsi ilmu. Kenapa seorang sarjana tidak boleh membuat begitu? Antara sebabnya adalah bangga dengan anugerah. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dalam pencarian kerja. Ramai di antara kita mendapat sarjana tetapi hanya kerja di peringkat paling bawah. Akan tetapi yang mengagumi saya adalah sifat yang cepat sedar. Saya tahu ada ramai individu yang berjaya bukannya tetiba berjaya tetapi bermula dari bawah apabila sudah menyesal dengan prinsip yang kolot.
Ingatlah wahai insan yang berilmu dan yang bangga anugerah. Gunalah akal kembali untuk lihat dunia yang sebenar. Bukan sedikit pelajar yang keluar dari Universiti. Terlalu ramai. Tetapi nilai kualiti terlalu hina. Ini yang kerajaan Malaysia mahukan. Terdapat ramai pelajar keluar dari Universiti tetapi nilai kualiti intelektual adalah kurang. Satu pesanan saya, kembali pada ajaran agama. Tuntutlah seberapa banyak ilmu kalau boleh agar kita dapat fahami erti ketuhanan. Saya ingin menasihati kepada ulama serta mufti Malaysia. Perhatikanlah ilmu lain sebelum membuat fatwa. Saya takut suatu hari nanti tiada lagi kepercayaan kepada ulama dan mufti. Maksudnya ramai diantara ulama dan mufti bukan sebenarnya mengikuti ajaran Al-Quran malah telah memesongkan sendiri Al-Quran. Ini yang dikatakan dalam Al-Quran ramai orang-orang agama hilang dari dunia.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on July 8, 2008
Ramai di antara kita memang berasal dari orang berpelajaran tinggi. Akan tetapi sifat kita bukan seperti orang berilmu. Saya orang melayu. Orang Islam. Saya pernah mengkaji serba sedikit al-quran. Dan di samping itu saya menggunakan diri saya sebagai bahan kajian.
Memang sejak kecil saya bengap. Memang bengap. Saya akui. Tetapi ia pernah terjadi sekali lagi. Iaitu sebelum saya dismiss dari UiTM Shah Alam. Antara sebabnya saya jarang sembahyang. Memang saya akui sebelum saya ke Universiti saya memang kuat atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. Buktinya saya dapat kuasai pelajaran sampai ke Universiti malah telah grad diploma on time without repeat any paper. Saya akui dalam saya belajar di UiTM terlalu banyak yang membuatkan saya suka berfikir.
Pada mula saya study di Machang, akal fikiran saya telah tetap bahawa hanya belajar di universiti kita pasti ada kelas. Sebagai contoh saya berkata dalam hati kepada insan yang tidak belajar. Saya pernah berkata dalam hati saya, budak ni malas belajar tapi nak berlagak seperti insan yang pandai. Sebenarnya semua orang berkata begitu tapi kita dalam keadaan sedar tidak sedar. Itulah sebabnya kita membiarkan diri kita menjadi ikut telunjuk orang.
Saya mula sedar setelah saya dismiss dari UiTM. Memang UiTM sebuah badan universiti kerajaan akan tetapi seharusnya kerajaan tidak masuk campur dalam hal ni. Sebagai contoh sekiranya di dalam UiTM ada pelajar bermasalah bukan seharusnya UiTM membuang dia tapi berjumpa dahulu bertanya akan sebab dia menjadi begitu. Terus terang saya kata, sekarang ini saya dapat kembali belajar di UiTM. Datangnya saya ke sana kerana saya amat optimistik saya dapat ubahkan segala-galanya. Ini pendirian seorang tokoh Korea yang sedang ikuti. Saya tidak kesah akan perjalanan dahulu tapi saya jadikan ia sebagai sejarah saya.
Ramai di antara kawan saya amat mementingkan konsep kebanggaan. Saya sedar sebenarnya. Tapi mereka masih lagi menganggap bahawa sekiranya kita ada degree semua boleh dapat. Terus terang saya beritahu, kamu semua tidak akan dapat apa-apa sekiranya kamu semua tiada kebolehan. Jangan menganggap bergaji beribu-ribu kita sudah senang. Sudah terbukti kerja tanpa ikhlas hasilnya buruk. Ramai yang bergaji beribu-ribu melolong sana sini meminta bantuan. Padahal gaji sudah beribu-ribu pun tidak cukup lagi. Itu pemikiran seorang universiti kolot. Saya cukup sedih dengan sikap anak universiti sekarang. Beranggapan bahawa diri mereka lebih bagus dari orang yang dapat kerja lepasan SPM. Terus terang saya kata IKBM itu lagi bagus dari UiTM.
Saya memang tidak suka dengan UiTM sekarang tapi bukan keseluruhannya. Datangnya saya di sana, saya mahu menuntut ilmu. Sekiranya ada lecturer yang sudi mengajar saya, saya sanggup belajar dengan dia. Tapi mana mungkin seorang lecturer sanggup mengajar anak muridnya tanpa ada bayaran, tidak kesemuanya sanggup. Inilah menyebabkan anak muda kita kelalaian. Bila kita tegas sikit, mulalah anak muda mengamuk tidak tentu pasal. Bila bicara pasal politik, kata ini salah, itu salah. Jangan hanya bercakap sahaja, berilah idea. Kenapa tidak mahu? Malas. Itulah yang selalu dikatakan oleh anak muda sekarang.
Posted in Uncategorized | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 23, 2008
Sebelum ini ramai yang menganggap bahawa juara kumpulan akan kecundang. Ini berikutan akibat kekalahan tiga negara yang merupakan juara kumpulan iaitu Portugal, Croatia serta Netherlands. Ketiga – tiga negara ini mempamerkan aksi yang cukup menarik semasa di peringkat kumpulan lebih – lebih lagi Portugal yang mempunyai seorang pemain licik, Cristiano Ronaldo. Manakala Croatia yang merupakan bekas pemenang ketiga semasa FIFA World Cup 1998, kalah kepada Turki. Semasa di peringkat kumpulan, negara ini cukup gah dengan menunjukkan kehebatan yang memberansangkan di mana dapat menumpaskan Jerman yang mempunyai pemain – pemain handalan.
Akan tetapi yang sedang dipersoalkan sekarang, kenapa Netherlands tidak dapat mara ? Persoalan ini masih di kaji kerana semasa di peringkat kumpulan negara ini dapat mengalahkan Juara serta Naib Juara Fifa World 2006 dengan agak teruk sekali, Netherlands vs Itali, 3 – 0, Netherlands vs Perancis, 4 – 1. Ternyata Guss Hiddink perlu mendapat jolokan Jurulatih Ajaib. Ini kerana semasa dia melatih pemain Korea, Korea dapat layak ke peringkat separuh akhir. Seharusnya Guus Hiddink perlu mendapat jolokan jurulatih ajaib. Persoalannya, jika Malaysia mendapat latihan dari Guus Hiddink, adakah Malaysia akan layak ke peringkat akhir AFC ?
Perlawanan pagi tadi membuatkan Sepanyol dapat mara ke peringkat separuh akhir dengan menerusi sepakan penalti, 4 – 2.
Posted in EURO 2008 | Tagged: croatia, euro, fifa, jerman, kalah, portugal, sepanyol | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 22, 2008
Berita ini akan membuatkan minda kita tercabar. Apa yang dititahkan oleh Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak, adalah benar. Sememangnya bangsa Melayu tidak harus bermusafir di bumi sendiri. Ini bumi kita, kenapa harus kita mencari rezeki secara tidak menentu. Malaysia, sebuah negara yang aman, seharusnya penuh dengan kekayaan. Jadi sepatutnya tidak persoalan mengenai rezeki. Perkara ini akan timbul sekiranya :
a) Bangsa Melayu goyah mengenai sejarah diri sendiri, iaitu ketamadunan bangsa Melayu
b) Orang Melayu sudah malas berfikir
c) Orang Melayu hanya berfikir mengenai keselesaan
d) Orang Melayu salah pegang prinsip mengikut tempat contohnya keistimewaan
e) Orang Melayu terlalu berfikir berkata – kata kehebatan kaum lain
f) Pemimpin sendiri mengkhianati bangsa
Perkara – perkara di atas sememangnya mungkin akan terjadi jika kita alpa. Zaman sekarang tiada sempadan seharusnya kita pandai menggunakan masa untuk menangkap rezeki. Saya percaya jika diri kita berilmu sudah tentu ada rezeki. Ramai yang percaya akademi adalah lebih penting dari kebolehan. Tapi saya tidak percaya. Bagaimana kamu ?
Posted in Utusan | Tagged: bumi, melayu, musafir | Leave a Comment »