Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/06/1012
Kenaikan harga minyak di seluruh negara membuatkan rakyat Bumi begitu marah. Ini kerana kenaikan yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia, Pak Lah, begitu mengecewakan rakyat dimana kenaikan sehingga 40% untuk petroleum dan 58% untuk diesel.
Pada jam 3, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa telah ditahan ketika mengadakan sidang akhbar selepas berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Kenapa polis begitu kejam? Kalaulah mereka membuat mogok ke memecahkan harta benda awam ke, barulah diambil tindakan.
Seharusnya kerajaan mendengar dahulu leteran dari mereka. Kalau mereka mengeluarkan fakta, kenapa kita tidak cuba untuk menjawab? Pemimpin yang berkaliber mempunyai etika yang begitu baik. Saya berharap selepas ini kerajaan bertindaklah dengan jujur. Pemerintahan yang mempunyai kejujuran akan dibawa sampai mati. Ini peringatan untuk pemimpin kerajaan.
Posted in Suara Keadilan | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
Hai…jangan tersinggung atau tergelak dengan tajuk tersebut. Ini kerana ia mungkin akan berlaku dalam beberapa tahun lagi. Cerita ini bukan rekaan tetapi penuh kebenaran. Jika ingin teliti betul – betul, sila baca akhbar ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm
Fadillah Yusof,Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, memberitahu di dalam akhbar mengenai rancangan kerajaan untuk membina tapak pelancaran roket di Pantai Timur Sabah sekitar Tawau kerana kawasan timur itu tidak mempunyai penghuni seperti lautan atau gurun.
Persoalannya, apakah maksud sebenar kerajaan membina tapak pelancaran roket ? Adakah untuk mendapat kebanggaan / title ? Ataupun sebagai pusat pelancongan? Persoalan untuk rakyat jika marah dengan kata-kata ini. Apakah kerajaan dapat dari pelancaran roket baru-baru ini di Rusia ? Tiada. Hanya kebanggaan kerana kita sudah ada angkasawan pertama dari rakyat Malaysia malah dia orang Melayu. Kenapa saya berkata begitu ? Ini kerana saya tidak nampak motif kerajaan menghantar orang malah membelanjakan berbillion ringgit untuk angkasa. Adakah Sheikh Muzaffar menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai tekanan graviti semasa beliau membuat pelbagai kajian selepas turun ke Bumi ? Tiada! Ini bermakna penghantaran individu ke angkasa hanya sekadar melancong di Bumi. Seharusnya Sheikh Muzaffar bukannya berkeliaran di Malaysia untuk menerangkan betapa sedapnya jadi angkasa. Sepatutnya bercerita mengenai alam yang dicipta oleh Tuhan dan bagaimana kesan graviti itu mempengaruhi benda.
Saya harap kerajaan menghentikan kajian mengenai pembelian roket Soyuz dengan pembinaan tapak pelancaran angkasa. Ini kerana melibatkan berpuluh billion duit membazir.
Posted in Utusan | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
Apa?Yong Teck Lee dilibatkan dalam kes rasuah RM5 juta semasa dalam pemerintahan beliau,Ketua Menteri Sabah(May 1996 – May 1998).
Ketua Pengarah BPR,DS Ahmad Said Hamdan memberitahu,BPR sedang menyiasat satu kes siasatan yang melibatkan rasuah dalam kerajaan di Mahkamah Tinggi KL semalan.Yong dikatakan terlibat dalam kes tersebut.Ini ditambah lagi fakta baru yang diberitahu oleh Datuk Wasli,bekas Pengarah Briskmask Enterprise.
Berita ini di sunting dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
Persoalannya,semalam Pak Lah baru sahaja bertemu dengan pihak akhbar mengenai Presiden SAPP yang dikatakan tidak akan menyokong kerajaan lagi.Sebentar tadi berita tergempar telah menerbitkan bahawa Yong dilibat dengan kes rasuah.Perkara sebegini berlaku seolah-olah dibuat oleh kerajaan.Masalahnya kenapa baru sekarang baru hendak timbul kes rasuah yang dilakukan oleh Datuk Yong?Kenapa tidak dilakukan semasa tahun 2000 lagi.Lebih kurang 12 tahun perkara ini berlaku.
Kata-kata untuk setiap pemerintah atau presiden-presiden parti.”JANGAN MENCABAR KERAJAAN”!!!!
Posted in Utusan | Tagged: rasuah, sabah, yong | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
Berita terkini dari Utusan Online
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_15.htm
Motosikal dibenarkan lalu di lebuhraya bertingkat Ampang-Kuala Lumpur.Ini satu jalan inisiatif yang agak terlalu segera macam mi segera.Jika kita benarkan,seharusnya kerajaan perlu memikirkan keselamatan penunggang motosikal tersebut.Ini kerana kekerapan yang menggunkan lebuhraya ini adalah dari kenderaan seperti kereta dan juga jip.Perkara ini seharusnya ditelitikan sebetul-betul kerana melibatkan nyawa.
Sebagai pemimpin yang perihatin,kerajaan harus memikirkan bagaimana untuk mengelak sebarang situasi yang sebenarnya boleh dielak.Apabila pembangkang mempersoalkan mengenai PETRONAS,royalti minyak serta perbelanjaan yang disalurkan dari Petronas pada kerajaan,mesti pihak kerajaan akan cuba mengelak dari menjawab antaranya ’soalan itu tidak perlu di jawab’.Adakah ini kredibiliti seorang pemimpin?Kerajaan tidak harus memikirkan tentang diri sendiri.
Posted in Utusan | Tagged: ampang, kerajaan, kl, kuala lumpur, lebuhraya, motosikal, nyawa | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
Apa nak jadi manusia zaman sekarang ni?Mencuri!Mencuri!Mencuri!Dah tak de keje ke kat dunia nih?Pegawai trafik,polis,tentera,akauntan,auditor,pegawai bank,jaga, dan macam-macam lagi kerja ada kat Malaysia nih.Tapi kenapa ramai manusa rakyat malaysia ni dah jadi macam rakyat di negara yang teruk seperti Afrika.Kenapa?
Persoalanya,adakah semua ni disebabkan oleh kenaikan harga minyak yang terlampau di Malaysia?Atau adakah kerana mereka ni malah nak berusaha seperti belajar atau pun mencari kerja halal?
Apa-apa pun sama-sama la kita berfikir yerk….
Posted in universiti kebangsaan malaysia | Tagged: mencuri, ukm | 4 Comments »