SAPP keluar dari BN
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
BERITA TERGEMPAR
SAPP keluar dari Parti BN.SAPP(Parti Maju Sabah) mula hilang keyakinan terhadap Pak Lah ekoran dengan kekalahan yang amat teruk pada pilihanraya 8 Mac 2008.Kekalahan ini menampakkan bahawa kesilapan percaturan Pak Lah dalam menentukan konsep pemerintahan beliau,Islam Hadhari.Ini dilihat di mana terdapat beberapa pemimpin yang tidak sepatutnya berada dalam kabinet.
Seperti yang diuar-uarkan dalam akhbar,Pak Lah mengatakan bahawa penentangan itu di buat oleh Presiden SAPP,Datuk Yong Teck Lee.
Pada pandangan saya,jika ini dibuat oleh presiden parti itu,kenapa dalam parti itu masih mempunyai anak buah lagi?Jika sesuatu parti itu sudah hilang kepercayaan terhadap parti pemerintah,ini bermakna parti itu(presiden berserta dengan anak buah) sudah tidak yakin dengan tampuk pemerintah.Keyakinan ini hilang disebabkan oleh beberapa masalah yang timbul dalam negara Malaysia.
1)Kekalahan terbesar BN
2)Kenaikan harga minyak yang mendadak mengikut arus masa
3)Kenaikan harga barang
4)Rahsia kerajaan yang sudah nampak pada pihak yang terlalu mempercayai kerajaan
5)Wujudnya kuasa reformasi dalam golongan kebenaran
6)Datang pemimpin rakyat(Datuk Seri Anwar Ibrahim)