Stesen minyak akan ditutup
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008
Mungkin tajuk ini akan membuatkan anda semua terkejut. Ini berikutan akibat kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak. Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata, pihaknya menunggu keputusan daripada kerajaan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak permintaan PDAM untuk menaikkan komisen daripada tiga peratus kepada enam peratus. Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang dan akan dilaksanakan serta – merta (pada tarikh tersebut).
Komisen jualan minyak adalah amat penting bagi sesebuah stesen. Ini kerana keuntungan akan dilihat dari segi komisen yang mereka dapat. Sekiranya mereka menjual sedikit, mereka akan mendapat sedikit komisen. Sekiranya komisen ini tidak naik, akan berlakulah gulung tikar seperti mana yang telah berlaku pada syarikat – syarikat bas.
Cuba anda bayangkan, sekiranya berlaku penutupan yang digembar – gemburkan, akan berlakulah kecurian pada waktu tersebut. Dan pada kenderaan yang sudah kehabisan minyak, pasti mereka akan menangis dan mereka akan mula tercari – cari stesen mana akan buka pada waktu tersebut.
Musa3 said
KITA HARI-HARI KELAM KABUT PASAL KENAIKAN HARGA MINYAK
SAYA SETUJU MANALAH TIDAK KELAMKABUT TETAPI KENAPA KITA KURANG MELIHAT KEPADA USAHA SEGERA UNTUK MENCARI BAHAN BAKAR GANTIAN?
CUBA LIHAT DI INTERNET, ADA BIOFUEL, ADA SOLAR POWER, ADA WATER POWERED CAR, ADA MINYAK DIESEL DARI BUAH JARAK DAN MACAM-MACAM LAGI.
KITA BOLEH DESAK KERAJAAN SEGERAKAN,GERAK DENGAN CEPAT.
SELAIN DARI BERJIMAT CERMAT SEMUA ORANG MESTI TUMPUKAN SEGERA KEPADA YANG INI DARI SEKADAR MENGELUH YANG BOLEH MELEMAH DAN MELAMBATKAN PENYELESAIAN MASALAH. MINYAK AKAN NAIK TERUS DAN TERUS. KITA KAN LEBIH TERTEKAN JADI BANGKIT DENGAN SEGERA.