Mohamad Azlan Abas Weblog

Only Thinker Will Make A Peace of World

Archive for June 22nd, 2008

Harapan Raja

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 22, 2008

Melayu perlu kuat - Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri – Raja Nazrin

Berita ini akan membuatkan minda kita tercabar. Apa yang dititahkan oleh Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak, adalah benar. Sememangnya bangsa Melayu tidak harus bermusafir di bumi sendiri. Ini bumi kita, kenapa harus kita mencari rezeki secara tidak menentu. Malaysia, sebuah negara yang aman, seharusnya penuh dengan kekayaan. Jadi sepatutnya tidak persoalan mengenai rezeki. Perkara ini akan timbul sekiranya :

a) Bangsa Melayu goyah mengenai sejarah diri sendiri, iaitu ketamadunan bangsa Melayu

b) Orang Melayu sudah malas berfikir

c) Orang Melayu hanya berfikir mengenai keselesaan

d) Orang Melayu salah pegang prinsip mengikut tempat contohnya keistimewaan

e) Orang Melayu terlalu berfikir berkata – kata kehebatan kaum lain

f) Pemimpin sendiri mengkhianati bangsa

Perkara – perkara di atas sememangnya mungkin akan terjadi jika kita alpa. Zaman sekarang tiada sempadan seharusnya kita pandai menggunakan masa untuk menangkap rezeki. Saya percaya jika diri kita berilmu sudah tentu ada rezeki. Ramai yang percaya akademi adalah lebih penting dari kebolehan. Tapi saya tidak percaya. Bagaimana kamu ?

Posted in Utusan | Tagged: , , | Leave a Comment »

AKHIRNYA KECUNDANG

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 22, 2008

Netherlands ataupun lebih dikenali sebagai Holland telah menerima nasib seperti Portugal serta Croatia. Hanya tinggal satu lagi perlawanan penentu negara manakah yang akan pergi ke peringkat separuh akhir, Spain vs Itali yang akan berlangsung esok jam 2.45 am waktu Malaysia

Netherland yang terdiri dari pemain dari kelab terkenal iaitu Real Madrid seperti Arjen Robben, Nistelrooy dan Sneijder, Van Der Sar dari MU, Khalid Boulahrouz dari Chelsea serta Kuyt dari Liverpool tidak mampu melawan anak buah Hiddink. Pada separuh masa pertama, kelihatan Holland menguasai padang, akan tetapi, apabila masuk separuh kedua, Holland kelihatan goyah ditambah lagi dengan masa tambahan membuatkan Russia menguasai terus padang dengan berbekal 2 gol. Perlawanan pagi tadi membuatkan Rusia dapat mara ke peringkat seterusnya dengan gol 3 – 1.

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , | Leave a Comment »