Mohamad Azlan Abas Weblog

Only Thinker Will Make A Peace of World

Archive for June 23rd, 2008

Andaian salah…

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 23, 2008

Sebelum ini ramai yang  menganggap bahawa juara kumpulan akan kecundang. Ini berikutan akibat kekalahan tiga negara yang merupakan juara kumpulan iaitu Portugal, Croatia serta Netherlands. Ketiga – tiga negara ini mempamerkan aksi yang cukup menarik semasa di peringkat kumpulan lebih – lebih lagi Portugal yang mempunyai seorang pemain licik, Cristiano Ronaldo. Manakala Croatia yang merupakan bekas pemenang ketiga semasa FIFA World Cup 1998, kalah kepada Turki. Semasa di peringkat kumpulan, negara ini cukup gah dengan menunjukkan kehebatan yang memberansangkan di mana dapat menumpaskan Jerman yang mempunyai pemain – pemain handalan.

Akan tetapi yang sedang dipersoalkan sekarang, kenapa Netherlands tidak dapat mara ? Persoalan ini masih di kaji kerana semasa di peringkat kumpulan negara ini dapat mengalahkan Juara serta Naib Juara Fifa World 2006 dengan agak teruk sekali, Netherlands vs Itali, 3 – 0, Netherlands vs Perancis, 4 – 1. Ternyata Guss Hiddink perlu mendapat jolokan Jurulatih Ajaib. Ini kerana semasa dia melatih pemain Korea, Korea dapat layak ke peringkat separuh akhir. Seharusnya Guus Hiddink perlu mendapat jolokan jurulatih ajaib. Persoalannya, jika Malaysia mendapat latihan dari Guus Hiddink, adakah Malaysia akan layak ke peringkat akhir AFC ?

Perlawanan pagi tadi membuatkan Sepanyol dapat mara ke peringkat separuh akhir dengan menerusi sepakan penalti, 4 – 2.

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »