Anak Universiti yang Kurang Kemampuan
Posted by Mohamad Azlan Abas on July 8, 2008
Ramai di antara kita memang berasal dari orang berpelajaran tinggi. Akan tetapi sifat kita bukan seperti orang berilmu. Saya orang melayu. Orang Islam. Saya pernah mengkaji serba sedikit al-quran. Dan di samping itu saya menggunakan diri saya sebagai bahan kajian.
Memang sejak kecil saya bengap. Memang bengap. Saya akui. Tetapi ia pernah terjadi sekali lagi. Iaitu sebelum saya dismiss dari UiTM Shah Alam. Antara sebabnya saya jarang sembahyang. Memang saya akui sebelum saya ke Universiti saya memang kuat atau tidak, hanya Allah sahaja yang tahu. Buktinya saya dapat kuasai pelajaran sampai ke Universiti malah telah grad diploma on time without repeat any paper. Saya akui dalam saya belajar di UiTM terlalu banyak yang membuatkan saya suka berfikir.
Pada mula saya study di Machang, akal fikiran saya telah tetap bahawa hanya belajar di universiti kita pasti ada kelas. Sebagai contoh saya berkata dalam hati kepada insan yang tidak belajar. Saya pernah berkata dalam hati saya, budak ni malas belajar tapi nak berlagak seperti insan yang pandai. Sebenarnya semua orang berkata begitu tapi kita dalam keadaan sedar tidak sedar. Itulah sebabnya kita membiarkan diri kita menjadi ikut telunjuk orang.
Saya mula sedar setelah saya dismiss dari UiTM. Memang UiTM sebuah badan universiti kerajaan akan tetapi seharusnya kerajaan tidak masuk campur dalam hal ni. Sebagai contoh sekiranya di dalam UiTM ada pelajar bermasalah bukan seharusnya UiTM membuang dia tapi berjumpa dahulu bertanya akan sebab dia menjadi begitu. Terus terang saya kata, sekarang ini saya dapat kembali belajar di UiTM. Datangnya saya ke sana kerana saya amat optimistik saya dapat ubahkan segala-galanya. Ini pendirian seorang tokoh Korea yang sedang ikuti. Saya tidak kesah akan perjalanan dahulu tapi saya jadikan ia sebagai sejarah saya.
Ramai di antara kawan saya amat mementingkan konsep kebanggaan. Saya sedar sebenarnya. Tapi mereka masih lagi menganggap bahawa sekiranya kita ada degree semua boleh dapat. Terus terang saya beritahu, kamu semua tidak akan dapat apa-apa sekiranya kamu semua tiada kebolehan. Jangan menganggap bergaji beribu-ribu kita sudah senang. Sudah terbukti kerja tanpa ikhlas hasilnya buruk. Ramai yang bergaji beribu-ribu melolong sana sini meminta bantuan. Padahal gaji sudah beribu-ribu pun tidak cukup lagi. Itu pemikiran seorang universiti kolot. Saya cukup sedih dengan sikap anak universiti sekarang. Beranggapan bahawa diri mereka lebih bagus dari orang yang dapat kerja lepasan SPM. Terus terang saya kata IKBM itu lagi bagus dari UiTM.
Saya memang tidak suka dengan UiTM sekarang tapi bukan keseluruhannya. Datangnya saya di sana, saya mahu menuntut ilmu. Sekiranya ada lecturer yang sudi mengajar saya, saya sanggup belajar dengan dia. Tapi mana mungkin seorang lecturer sanggup mengajar anak muridnya tanpa ada bayaran, tidak kesemuanya sanggup. Inilah menyebabkan anak muda kita kelalaian. Bila kita tegas sikit, mulalah anak muda mengamuk tidak tentu pasal. Bila bicara pasal politik, kata ini salah, itu salah. Jangan hanya bercakap sahaja, berilah idea. Kenapa tidak mahu? Malas. Itulah yang selalu dikatakan oleh anak muda sekarang.