Mohamad Azlan Abas Weblog

Only Thinker Will Make A Peace of World

Archive for the ‘EURO 2008’ Category

Andaian salah…

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 23, 2008

Sebelum ini ramai yang  menganggap bahawa juara kumpulan akan kecundang. Ini berikutan akibat kekalahan tiga negara yang merupakan juara kumpulan iaitu Portugal, Croatia serta Netherlands. Ketiga – tiga negara ini mempamerkan aksi yang cukup menarik semasa di peringkat kumpulan lebih – lebih lagi Portugal yang mempunyai seorang pemain licik, Cristiano Ronaldo. Manakala Croatia yang merupakan bekas pemenang ketiga semasa FIFA World Cup 1998, kalah kepada Turki. Semasa di peringkat kumpulan, negara ini cukup gah dengan menunjukkan kehebatan yang memberansangkan di mana dapat menumpaskan Jerman yang mempunyai pemain – pemain handalan.

Akan tetapi yang sedang dipersoalkan sekarang, kenapa Netherlands tidak dapat mara ? Persoalan ini masih di kaji kerana semasa di peringkat kumpulan negara ini dapat mengalahkan Juara serta Naib Juara Fifa World 2006 dengan agak teruk sekali, Netherlands vs Itali, 3 – 0, Netherlands vs Perancis, 4 – 1. Ternyata Guss Hiddink perlu mendapat jolokan Jurulatih Ajaib. Ini kerana semasa dia melatih pemain Korea, Korea dapat layak ke peringkat separuh akhir. Seharusnya Guus Hiddink perlu mendapat jolokan jurulatih ajaib. Persoalannya, jika Malaysia mendapat latihan dari Guus Hiddink, adakah Malaysia akan layak ke peringkat akhir AFC ?

Perlawanan pagi tadi membuatkan Sepanyol dapat mara ke peringkat separuh akhir dengan menerusi sepakan penalti, 4 – 2.

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , , | Leave a Comment »

AKHIRNYA KECUNDANG

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 22, 2008

Netherlands ataupun lebih dikenali sebagai Holland telah menerima nasib seperti Portugal serta Croatia. Hanya tinggal satu lagi perlawanan penentu negara manakah yang akan pergi ke peringkat separuh akhir, Spain vs Itali yang akan berlangsung esok jam 2.45 am waktu Malaysia

Netherland yang terdiri dari pemain dari kelab terkenal iaitu Real Madrid seperti Arjen Robben, Nistelrooy dan Sneijder, Van Der Sar dari MU, Khalid Boulahrouz dari Chelsea serta Kuyt dari Liverpool tidak mampu melawan anak buah Hiddink. Pada separuh masa pertama, kelihatan Holland menguasai padang, akan tetapi, apabila masuk separuh kedua, Holland kelihatan goyah ditambah lagi dengan masa tambahan membuatkan Russia menguasai terus padang dengan berbekal 2 gol. Perlawanan pagi tadi membuatkan Rusia dapat mara ke peringkat seterusnya dengan gol 3 – 1.

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , | Leave a Comment »

TURKI LAYAK KE SEMI-FINAL

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008

Apa? Turki dapat tumpaskan negara yang pernah mengalahkan Jerman, Croatia, menerusi sepakan penalti selepas kedua – dua negara seri berbekal satu jaringan. Croatia sebelum ini dikatakan sebuah negara yang mungkin dapat pergi ke peringkat Separuh Akhir, kini sudah pasti bahawa negara ini bukan tandingan sebenar dalam EURO. Sebelum ini, FIFA World Cup 2002, Croatia pernah mengalahkan negara Itali dengan jaringan 2 – 1 serta pernah ditabalkan sebagai pemenang yang ketiga semasa FIFA World Cup 1998 di mana buat pertama kalinya negara ini layak ke FIFA.

Jika di lihat kembali, Croatia bukanlah sebuah negara yang perlu dipandang rendah. Ini kerana kemampuan pemain negara ini, terlalu hebat. Apa apa pun, tahniah kepada Turki kerana layak ke peringkat seterusnya, dan pada peminat Croatia, janganlah merasa pilu. Ini kerana negara ini telah membuktikan bahawa dia sememangnya kuat, apabila dapat menumpaskan negara – negara besar seperti Jerman malah England pun dapat ditumpaskan oleh Croatia.

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Jerman—->Semi Final

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008

Ape?German dapat kalah Portugal!!!!Dengan gol 3-2,Jerman layak ke peringkat seterusnya,Semi Final.Ini kekalah yang yang ke-2 buat Portugal selepas negara kelahiran berbakat besar,Cristiano Ronaldo,kalah pada Jerman masa 2006 FIFA World Cup.

Persoalanya,adakah Cristiano Ronaldo akan dipersalahkan untuk kekalahan pada EURO 2008 seperti mana Ronaldinho dipersalahkan semasa Brazil tidak layak ke peringkat separuh akhir?

Pada pendapat saya,tidak mungkin Cristiano Ronaldo dipersalahkan kerana dia adalah pemain yang berbakat besar dalam kelab MU.Ini ditambah lagi dia adalah ayam tambatan Alex Ferguson.Jadi,tidak akan ada tekanan untuk Cristiano Ronaldo.

Apa pandangan anda pula….

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , , , | 1 Comment »