Mohamad Azlan Abas Weblog

Only Thinker Will Make A Peace of World

Archive for the ‘Suara Keadilan’ Category

Ketua AMK di tangkap

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008

http://www.suarakeadilan.com/sk/berita-utama/2008/06/1012

Kenaikan harga minyak di seluruh negara membuatkan rakyat Bumi begitu marah. Ini kerana kenaikan yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia, Pak Lah, begitu mengecewakan rakyat dimana kenaikan sehingga 40% untuk petroleum dan 58% untuk diesel.

Pada jam 3, Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa telah ditahan ketika mengadakan sidang akhbar selepas berhimpun bagi membantah kenaikan harga minyak. Kenapa polis begitu kejam? Kalaulah mereka membuat mogok ke memecahkan harta benda awam ke, barulah diambil tindakan.

Seharusnya kerajaan mendengar dahulu leteran dari mereka. Kalau mereka mengeluarkan fakta, kenapa kita tidak cuba untuk menjawab? Pemimpin yang berkaliber mempunyai etika yang begitu baik. Saya berharap selepas ini kerajaan bertindaklah dengan jujur. Pemerintahan yang mempunyai kejujuran akan dibawa sampai mati. Ini peringatan untuk pemimpin kerajaan.

Posted in Suara Keadilan | Leave a Comment »