Posted by Mohamad Azlan Abas on June 22, 2008
Berita ini akan membuatkan minda kita tercabar. Apa yang dititahkan oleh Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak, adalah benar. Sememangnya bangsa Melayu tidak harus bermusafir di bumi sendiri. Ini bumi kita, kenapa harus kita mencari rezeki secara tidak menentu. Malaysia, sebuah negara yang aman, seharusnya penuh dengan kekayaan. Jadi sepatutnya tidak persoalan mengenai rezeki. Perkara ini akan timbul sekiranya :
a) Bangsa Melayu goyah mengenai sejarah diri sendiri, iaitu ketamadunan bangsa Melayu
b) Orang Melayu sudah malas berfikir
c) Orang Melayu hanya berfikir mengenai keselesaan
d) Orang Melayu salah pegang prinsip mengikut tempat contohnya keistimewaan
e) Orang Melayu terlalu berfikir berkata – kata kehebatan kaum lain
f) Pemimpin sendiri mengkhianati bangsa
Perkara – perkara di atas sememangnya mungkin akan terjadi jika kita alpa. Zaman sekarang tiada sempadan seharusnya kita pandai menggunakan masa untuk menangkap rezeki. Saya percaya jika diri kita berilmu sudah tentu ada rezeki. Ramai yang percaya akademi adalah lebih penting dari kebolehan. Tapi saya tidak percaya. Bagaimana kamu ?
Posted in Utusan | Tagged: bumi, melayu, musafir | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm
Mungkin tajuk ini akan membuatkan anda semua terkejut. Ini berikutan akibat kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak. Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata, pihaknya menunggu keputusan daripada kerajaan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak permintaan PDAM untuk menaikkan komisen daripada tiga peratus kepada enam peratus. Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang dan akan dilaksanakan serta – merta (pada tarikh tersebut).
Komisen jualan minyak adalah amat penting bagi sesebuah stesen. Ini kerana keuntungan akan dilihat dari segi komisen yang mereka dapat. Sekiranya mereka menjual sedikit, mereka akan mendapat sedikit komisen. Sekiranya komisen ini tidak naik, akan berlakulah gulung tikar seperti mana yang telah berlaku pada syarikat – syarikat bas.
Cuba anda bayangkan, sekiranya berlaku penutupan yang digembar – gemburkan, akan berlakulah kecurian pada waktu tersebut. Dan pada kenderaan yang sudah kehabisan minyak, pasti mereka akan menangis dan mereka akan mula tercari – cari stesen mana akan buka pada waktu tersebut.
Posted in Utusan | Tagged: Add new tag, minyak, pdam, tutup | 1 Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
Ringkasan dari berita ini….
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Parlimen BN tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan. Baru – baru ini, dua ahli Parlimen Pati Maju Sabah (SAPP) telah membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah. Ini membuatkan Najib memberi amaran kepada Ahli Parlimen SAPP iaitu Datuk Dr. Chua Soon Bui (BN-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (BN-Sepanggar): “Apa sahaja cubaan yang boleh disabitkan sebagai melanggar peraturan BN akan dikenakan tindakan sewajarnya.”
Satu persoalan yang ingin ditanya pada Pak Lah serta Najib. Adakah parti BN ini diturun dari langit ? Kalau bukan, kenapa mesti ada peraturan di mana sesiapa ahli parti pemerintah yang menentang kerajaan akan dikenakan tindakan ? Jika mereka mengusulkan undi tidak percaya, kenapa parti BN mesti memekik sana sini macam anjing seolah – olah mereka (2 ahli parlimen SAPP) telah membuat sikap kurang ajar dengan Pak Lah. Pada pandangan saya, jika mereka mengusulkan undi percaya, bertanyalah dahulu kenapa mereka membuat begitu. Dan jika mereka berkeras untuk membuat juga usul, ikut balik pada prosedur – prosedur sebenar, di mana harus ada kebenaran dari Yang Di – Pertua Dewan Rakyat. Selepas telah mendapat kebenaran, Pak Lah seharusnya akur terhadap kebenaran ini. Persoalannya, adakah pihak kerajaan takut dengan kuasa pembangkang ? Jika benar ada terdapat penyelewengan semasa undi, akui sahaja kesalahan kita. Individu terutama pemimpin akan dipandang tinggi jika mereka benar – benar akui mereka adalah bangsa yang makmur.
Jadi, saya berharap pihak kerajaan tidak masuk campur hal – hal mengenai keadilan dan juga kewangan. Ini kerana anda di pilih oleh rakyat. Jangan anggap anda dewa.
Posted in Utusan | Tagged: BN, masalah, Pak Lah, undi, usul | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
Hai…jangan tersinggung atau tergelak dengan tajuk tersebut. Ini kerana ia mungkin akan berlaku dalam beberapa tahun lagi. Cerita ini bukan rekaan tetapi penuh kebenaran. Jika ingin teliti betul – betul, sila baca akhbar ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0605&pub=Utusan_Malaysia&sec=Parlimen&pg=pa_01.htm
Fadillah Yusof,Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, memberitahu di dalam akhbar mengenai rancangan kerajaan untuk membina tapak pelancaran roket di Pantai Timur Sabah sekitar Tawau kerana kawasan timur itu tidak mempunyai penghuni seperti lautan atau gurun.
Persoalannya, apakah maksud sebenar kerajaan membina tapak pelancaran roket ? Adakah untuk mendapat kebanggaan / title ? Ataupun sebagai pusat pelancongan? Persoalan untuk rakyat jika marah dengan kata-kata ini. Apakah kerajaan dapat dari pelancaran roket baru-baru ini di Rusia ? Tiada. Hanya kebanggaan kerana kita sudah ada angkasawan pertama dari rakyat Malaysia malah dia orang Melayu. Kenapa saya berkata begitu ? Ini kerana saya tidak nampak motif kerajaan menghantar orang malah membelanjakan berbillion ringgit untuk angkasa. Adakah Sheikh Muzaffar menerangkan kepada rakyat Malaysia mengenai tekanan graviti semasa beliau membuat pelbagai kajian selepas turun ke Bumi ? Tiada! Ini bermakna penghantaran individu ke angkasa hanya sekadar melancong di Bumi. Seharusnya Sheikh Muzaffar bukannya berkeliaran di Malaysia untuk menerangkan betapa sedapnya jadi angkasa. Sepatutnya bercerita mengenai alam yang dicipta oleh Tuhan dan bagaimana kesan graviti itu mempengaruhi benda.
Saya harap kerajaan menghentikan kajian mengenai pembelian roket Soyuz dengan pembinaan tapak pelancaran angkasa. Ini kerana melibatkan berpuluh billion duit membazir.
Posted in Utusan | Leave a Comment »
Posted by Mohamad Azlan Abas on June 20, 2008
Apa?Yong Teck Lee dilibatkan dalam kes rasuah RM5 juta semasa dalam pemerintahan beliau,Ketua Menteri Sabah(May 1996 – May 1998).
Ketua Pengarah BPR,DS Ahmad Said Hamdan memberitahu,BPR sedang menyiasat satu kes siasatan yang melibatkan rasuah dalam kerajaan di Mahkamah Tinggi KL semalan.Yong dikatakan terlibat dalam kes tersebut.Ini ditambah lagi fakta baru yang diberitahu oleh Datuk Wasli,bekas Pengarah Briskmask Enterprise.
Berita ini di sunting dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0620&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_05.htm
Persoalannya,semalam Pak Lah baru sahaja bertemu dengan pihak akhbar mengenai Presiden SAPP yang dikatakan tidak akan menyokong kerajaan lagi.Sebentar tadi berita tergempar telah menerbitkan bahawa Yong dilibat dengan kes rasuah.Perkara sebegini berlaku seolah-olah dibuat oleh kerajaan.Masalahnya kenapa baru sekarang baru hendak timbul kes rasuah yang dilakukan oleh Datuk Yong?Kenapa tidak dilakukan semasa tahun 2000 lagi.Lebih kurang 12 tahun perkara ini berlaku.
Kata-kata untuk setiap pemerintah atau presiden-presiden parti.”JANGAN MENCABAR KERAJAAN”!!!!
Posted in Utusan | Tagged: rasuah, sabah, yong | Leave a Comment »