Mohamad Azlan Abas Weblog

Only Thinker Will Make A Peace of World

AKHIRNYA KECUNDANG

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 22, 2008

Netherlands ataupun lebih dikenali sebagai Holland telah menerima nasib seperti Portugal serta Croatia. Hanya tinggal satu lagi perlawanan penentu negara manakah yang akan pergi ke peringkat separuh akhir, Spain vs Itali yang akan berlangsung esok jam 2.45 am waktu Malaysia

Netherland yang terdiri dari pemain dari kelab terkenal iaitu Real Madrid seperti Arjen Robben, Nistelrooy dan Sneijder, Van Der Sar dari MU, Khalid Boulahrouz dari Chelsea serta Kuyt dari Liverpool tidak mampu melawan anak buah Hiddink. Pada separuh masa pertama, kelihatan Holland menguasai padang, akan tetapi, apabila masuk separuh kedua, Holland kelihatan goyah ditambah lagi dengan masa tambahan membuatkan Russia menguasai terus padang dengan berbekal 2 gol. Perlawanan pagi tadi membuatkan Rusia dapat mara ke peringkat seterusnya dengan gol 3 – 1.

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , | Leave a Comment »

Stesen minyak akan ditutup

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

Mungkin tajuk ini akan membuatkan anda semua terkejut. Ini berikutan akibat kerajaan tidak menaikkan komisen penjualan minyak. Pemangku Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Mejar (B) Abdul Wahid Bidin berkata, pihaknya menunggu keputusan daripada kerajaan Isnin ini sama ada bersetuju atau menolak permintaan PDAM untuk menaikkan komisen daripada tiga peratus kepada enam peratus. Sekiranya kerajaan menolak cadangan itu, katanya, ketetapan yang diambil oleh ahli-ahli persatuan itu sebelum ini adalah untuk menutup stesen minyak dari pukul 7 pagi hingga 4 petang dan akan dilaksanakan serta – merta (pada tarikh tersebut).

Komisen jualan minyak adalah amat penting bagi sesebuah stesen. Ini kerana keuntungan akan dilihat dari segi komisen yang mereka dapat. Sekiranya mereka menjual sedikit, mereka akan mendapat sedikit komisen. Sekiranya komisen ini tidak naik, akan berlakulah gulung tikar seperti mana yang telah berlaku pada syarikat – syarikat bas.

Cuba anda bayangkan, sekiranya berlaku penutupan yang digembar – gemburkan, akan berlakulah kecurian pada waktu tersebut. Dan pada kenderaan yang sudah kehabisan minyak, pasti mereka akan menangis dan mereka akan mula tercari – cari stesen mana akan buka pada waktu tersebut.

Posted in Utusan | Tagged: , , , | 1 Comment »

Tindakan akan di ambil

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0621&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Ringkasan dari berita ini….

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, semua Ahli Parlimen BN tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan. Baru – baru ini, dua ahli Parlimen Pati Maju Sabah (SAPP) telah membentangkan usul undi tidak percaya terhadap Pak Lah. Ini membuatkan Najib memberi amaran kepada Ahli Parlimen SAPP iaitu Datuk Dr. Chua Soon Bui (BN-Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (BN-Sepanggar): “Apa sahaja cubaan yang boleh disabitkan sebagai melanggar peraturan BN akan dikenakan tindakan sewajarnya.”

Satu persoalan yang ingin ditanya pada Pak Lah serta Najib. Adakah parti BN ini diturun dari langit ? Kalau bukan, kenapa mesti ada peraturan di mana sesiapa ahli parti pemerintah yang menentang kerajaan akan dikenakan tindakan ? Jika mereka mengusulkan undi tidak percaya, kenapa parti BN mesti memekik sana sini macam anjing seolah – olah mereka  (2 ahli parlimen SAPP) telah membuat sikap kurang ajar dengan Pak Lah. Pada pandangan saya, jika mereka mengusulkan undi percaya, bertanyalah dahulu kenapa mereka membuat begitu. Dan jika mereka berkeras untuk membuat juga usul, ikut balik pada prosedur – prosedur sebenar, di mana harus ada kebenaran dari Yang Di – Pertua Dewan Rakyat. Selepas telah mendapat kebenaran, Pak Lah seharusnya akur terhadap kebenaran ini. Persoalannya, adakah pihak kerajaan takut dengan kuasa pembangkang ? Jika benar ada terdapat penyelewengan semasa undi, akui sahaja kesalahan kita. Individu terutama pemimpin akan dipandang tinggi jika mereka benar – benar akui mereka adalah bangsa yang makmur.

Jadi, saya berharap pihak kerajaan tidak masuk campur hal – hal mengenai keadilan dan juga kewangan. Ini kerana anda di pilih oleh rakyat. Jangan anggap anda dewa.

Posted in Utusan | Tagged: , , , , | Leave a Comment »

TURKI LAYAK KE SEMI-FINAL

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008

Apa? Turki dapat tumpaskan negara yang pernah mengalahkan Jerman, Croatia, menerusi sepakan penalti selepas kedua – dua negara seri berbekal satu jaringan. Croatia sebelum ini dikatakan sebuah negara yang mungkin dapat pergi ke peringkat Separuh Akhir, kini sudah pasti bahawa negara ini bukan tandingan sebenar dalam EURO. Sebelum ini, FIFA World Cup 2002, Croatia pernah mengalahkan negara Itali dengan jaringan 2 – 1 serta pernah ditabalkan sebagai pemenang yang ketiga semasa FIFA World Cup 1998 di mana buat pertama kalinya negara ini layak ke FIFA.

Jika di lihat kembali, Croatia bukanlah sebuah negara yang perlu dipandang rendah. Ini kerana kemampuan pemain negara ini, terlalu hebat. Apa apa pun, tahniah kepada Turki kerana layak ke peringkat seterusnya, dan pada peminat Croatia, janganlah merasa pilu. Ini kerana negara ini telah membuktikan bahawa dia sememangnya kuat, apabila dapat menumpaskan negara – negara besar seperti Jerman malah England pun dapat ditumpaskan oleh Croatia.

Posted in EURO 2008 | Tagged: , , , | Leave a Comment »

Kenapa begini?

Posted by Mohamad Azlan Abas on June 21, 2008

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm

Benarkah tiada hubungan istimewa ? Ataupun ini merupakan sekadar menutup mulut wartawan. Apa-apa pun daku doakan semoga kebenaran akan terpancar dari langit. Memanglah cahaya akan pancar dari langit. Inilah kisah hubungan di antara Fahrin, lelaki kacak, dengan Linda, wanita yang tinggi lampai.

Jika difikirkan kembali, sebelum ini hubungan mereka terlalu amat intim kerana ke mana sahaja ada majlis di situlah ada pasangan ini. Tapi kenapa baru-baru ini hubungan mereka amat renggang? Jika benarlah tiada hubungan kenapa ke mana sahaja majlis ada mereka?

Posted in Kosmo | Tagged: , , | Leave a Comment »